Friday, February 6, 2015

Sekolah Punya Pasal: Meeting Pengakap

Assalamualaikum semua!

Okay, so ni Shily nak cerita apa yang nak diceritakan.

Pasal Meeting Pengakap hari tu.

Tahun lepas, ada dua orang cikgu Pengakap. Dua2 perempuan.

Okay, seorang tu GILA TEGAS. Salah sikit je, satu PAP! sudah kena.

Seorang lagi tu baik. Cuma dia jenis yang pendiam sikit. Dan dia..



Tahun ni, sorang cikgu lelaki and seorang cikgu perempuan.

Dua2 tak berapa nak tegas.

And dua2 Cikgu Baru.. So.... tak berapa familiar dengan almost semua pelajar and "perangai" diorang.

Ni yang nak cerita ni..

Okay, Cikgu suruh kami calonkan siapa yang nak jadi Pengerusi, Penolong Pengerusi dan AJK.

Pengerusi of course lelaki. So, seorang budak lelaki yang bernama "Anas" jadi Pengerusi. Lebih senang panggil Ketua. Kenapa nak panggil "Pengerusi" pun tak tau. Panjang betul.

Anas ni cemerlang. Pernah sekali tu, semua matapelajaran dia dapat 95% keatas!!

Sebab tulah, dia Ketua dalam Pengakap, Ketua dalam Indoor Game and Penolong Ketua dalam Nasyid. Kitaorang dah fed up sikit dengan dia. Yelah, asyik die je yang jadi ketua. Tapi dia tak sombong. Dia cuma tak tahu how to have fun je. So, adakah dia skema?? Jangan marahh...

P.S. Tolong jangan marah aku, Anas... Sebab bila kau marah...



Okay, bila meeting Pengakap yang pertama ni, mesti bising. Diorang tak kenal lagi cikgu baru tu.

So, perempuan boleh dicalonkan untuk jadi Penolong Ketua Pengakap.

One of my BFFs, Aisyah A, calonkan seorang budak ni. Namanya Hana F. Hana F. ni suka sukan yang lasak2. Kalau nak main masak-masak tu, jangan haraplah dia nak main.

Jadi, Hana F pun pergi ke hadapan seluruh pengakap. Muka dia blushing~~

Selepas tu, kitaorang semua berdebar nak tahu siapa yang nak calonkan siapa. Persahabatan siapa yang akan diputuskan. Siapa yang akan bergaduk dengan siapa.

Out of nowhere, Dini B. angkat tangan setinggi-tinggi langit! Okaylah, itu expression je. Dia sebenarnya rendah jugak macam aku~

Cuba teka dia calonkan siapa?? Clue: Nickname dia Shily.

Tak kenal lagi? Dini B. tu calonkan aku!

Punyalah aku cuba mengelak, but bila Cikgu dah buat muka "puas hati" nya, terpaksalah just roll with it.

Okay, so masa tu me and Hana F. dicalonkan untuk jadi Penolong Ketua Pengakap. Atau lebih accurate di kalangan budak2, Penolong ANAS.

Terdengar pulak bisikan-bisikan macam:

"Weh, tu bukan awek >budak tu<??"

"Haahlah! Awek >budak tu>!"

"Wei! Mana pakwe kau?!"

FYI, >budak tu< bermaksud lelaki yang dikatakan suka Shily but I don't like him. NO.

Terpaksa sabar je selama tu...

First roll, Cikgu tanya siapa yang undi Hana F.?

Okay, hampir every murid perempuan undi dia. Okay, good. Memang aku tak nak role sebesar ni pun. Banyak sangat tanggungjawab. Nak jadi AJK Peralatan, okay je!

And then, bila Cikgu tanya siapa yang undi aku?

Hahaha!! Tak sampai 5 orang yang undi aku!

Terdengar Dini B. cakap:

"Oh kesian Shireen. Kenapa >budak tu< tak undi dia??"

Eh, budak ni. Aku belasah karang.

Of courselah, dia tu malu. Bab tu jangan di"questioned"lah. Semua orang ejek dia. But I don't care 'bout him sebab dalam hati ni tgh melompat kegembiraan.!



Lepastu, Cikgu Lelaki marah sebab lelaki tak undi sekali. So, second roll!

Orang yang sama pilih Hana F. And that makes me worry. Sebab, maksudnya kalau almost semua girls undi dia, maksudnya almost semua lelaki.... Oh no!

Memang sah jangkaan aku! Almost all the boys vote for me..!





Okay, yang ni lawak:








That's enough! Assalamualaikum!

Welcome to a-never-ending-super-hard-cycle-every-week (SCHOOL),
Shily

No comments :

Post a Comment