Friday, February 6, 2015

Sekolah Punya Pasal: Kuang, Kuang, Kuang~

Assalamualaikum uolllsss~! <----- sungguh  gedik!

Sekolah dah hampir sebulan kot bermula.

Best? Seriously, korang kena tanya best ke tak? Aku rasa tu dah self-answered.

Salah satu bab yang nak pening kepala adalah bab KOKURIKULUM.

Lebih kurang macam tu la ejaannya..

Huhu~ Macammane aku spell tu~~

Okay, dalam KOKO ni (KOKO nama manja. Wah! Ada nama manja gitu :3) ada 3.. hurm... nak panggil Bab, boleh? Dah tak tahu nak panggil apa dah.

First, Unit Beruniform.

Sekolah aku ni ada Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) and also Puteri Islam.

Sekolah lain mungkin ada lagi, contoh macam Pandu Puteri, St. John, Kadet Bomba and macam2 lagilah!

Tahun lepas, Shily masuk Pengakap. Yelah, bila nampak my two BFFs nak masuk Pengakap, memang tak nak ketinggalan la.

Memang memenatkan..! Rasa macam nak sepak je orang yang kata
"Tu laa.. Kenapa kau pilih nak masuk Pengakap? Kan kalau masuk Puteri Islam or PBSM, kurang sikit kerjanya!"

Kalau bab Cikgu2 dalam Pengakap ni, jangan cerita lah. Of course garang.

So, aku dah ada plan supaya tahun ni masuk either Puteri Islam or PBSM. Tapi baju Pengakap tahun lepas muat lagi, jadi terpaksa jadi Pengakap lagi tahun ni! Taknak membazir baju, katanya.

So, Pengakap disini, okay! Sila buat tanda hormat sikit, yo!

 "Salute"!
Okay, so, Pengakap taklah jadi masalah besar, kan? Tapi ada 2 lagi Unit yang kena daftar awal2.

Yang kedua ni pulak, Sukan.

Tahun lepas dah masuk Badminton, best tapi balik rumah je mesti mak complain sebab bau badan tu..






So, tahun ni nak masuk yang lain pulak.

Untuk lelaki banyak jugak, for example, ada Bola Sepak, Bola Takraw & Lompat Jauh.

Perempuan takleh masuk sukan yang for boys.

Untuk perempuan ada Bola Jaring jerrrrr~~

Badan ni dahlah kecik, nak tangkap bola pun takut pecah spek mata ni.

In conclusion, takyah lah masuk Bola Jaring.

Yang untuk boys and girls, Badminton & Indoor Game.

Indoor Game memang ramai.

So, kalau nak masuk Indoor Game, kena cepatlah.

Alhandulillah! Dapat masuk! YAHOO! YES!

Indoor Game ni involve dengan Permainan Tradisional macam Congkak atau Batu Seremban. Chess dengan Dam Haji pun ada jugak.





Jadi, selama 1 jam, duduk dalam surau dan main sahaja! Yippie!

Now, yang jadi masalah adalah Kelab.

In some schools, Kelab ni mengikut subjek. Ada Kelab Matematik, Kelab Sains, etc.

But, dekat sekolah Shily ada nama. Untuk Kelab Matematik & Sains namanya "Kelab Al-Ulum", bagi Kelab Bahasa Melayu, Inggeris & Arab namanya "Kelab Al-Hikmah" and lastly, Kelab Nasyid namanya.... Kelab Nasyid. Okay, disitu tiada perubahan.

Masa ujibakat Nasyid dulu, tak datang. Okay, so cikgu kasi Shily audition semalam. Masalahnya, Shily tak datang ke sekolah!

So, korang rasa Shily sesuai nak masuk kelab apa eh?

The Pengakap and Indoor Gamer Girl,
Shily ^^

No comments :

Post a Comment